Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Fatwa

E-mail Cetak PDF

Proses Penggubalan Fatwa Negeri Perlis

  • Di Perlis Enakman Pentadbiran undang-undang Islam 1964 berbeza sedikit daripada Enakmen Negeri-negeri Lain.  Permohonan boleh dibuat, di mana orang meminta Majlis Agama Islam mengeluarkan Fatwa mengenai Undang-undang Agama Islam atau Adat Melayu.  Untuk mengeluarkan Fatwa itu Majlis hendaklah merujuk soalan itu kepada Jawatankuasa Syariah dan Jawatankuasa itu atau dengan majoriti Ahli-ahlinya.  Apabila menerima pendapat Jawatankuasa itu sendiri
  • Hendaklah pendapat itu di persetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Syariah mengeluarkan pendapat itu sebagai fatwa.
  • Hendaklah pendapat itu di persetujui oleh majoriti Ahli Jawatankuasa itu menimbang pendapat itu dan jika ia dipersetujui oleh majoriti dalam majlis itu mengeluarkan Fatwa mengikut pendapat itu.
  • Boleh apabila pendapat yang di beri oleh majoriti Jawatankuasa Syariah tidak di persetujui oleh majoriti,  Majlis merujuk pendapat itu kepada Duli Yang Maha Mulia Raja untuk keputusan Baginda.

Carta Pemprosesan Fatwa Negeri Perlis


Fatwa yang Terkumpul
Fatwa yang telah di wartakan    :    3
Fatwa yang tidak diwartakan    :    86*

*Bilangan Fatwa yang terkumpul didalam e-Fatwa JAKIM

Bagi pertanyaan Hukum Syarak,  masyarakat boleh mengemukakan soalan secara bertulis ke Jabatan Mufti atau terus menelefon secara terus ke Jabatan seperti nombor berikut:
04-9794428/ 04-9794429
04-9794431
Fax:04-9763844
Email:    Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Utama