Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Fatwa Tentang ESQ

E-mail Cetak PDF

Setelah Jawatankuasa Fatwa bersidang beberapa kali di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh pelbagai sumber, mesyuarat kali ke-4/2010 pada Selasa 16/11/2010 telah mengambil keputusan berikut:

1. Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kecelaruan akidah.

2. Sebarang aktiviti berkaitan ESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis.

* Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 13 Mei 2011 09:05 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Akidah Fatwa Tentang ESQ