Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Menasab Anak Zina Kepada Bapa Zina

E-mail Cetak PDF

Cabutan Minit

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah

Negeri Perlis Bil 1/2009

 

Tarikh: 23 Julai 2009

 

 

Hukum Menasab Anak Zina Kepada Bapa Zina

                                                       

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang sedia ada iaitu:

 

‘Anak yang lahir kurang dari 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami’.

                                                  

Namun, mesyuarat bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dan dicatatkan sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) iaitu:

 

‘Anak yang lahir kurang dari 6 bulan selepas ibunya berkahwin, tidak boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika suaminya itu mengaku’.

 

Juga, mesyuarat bersetuju untuk memasukkan pandangan yang Berbahagia Sahibul Fadhilah dato’ Setia Bakti Ustaz Haji Nordin Bin Ismail bahawa:

 

‘Anak zina tidak boleh dinasabkan’ sebagai satu catatan.

 

 

Klik untuk Kertas Kerja Nasab Anak Zina

 

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 12 Disember 2011 11:23 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Ibadah Hukum Menasab Anak Zina Kepada Bapa Zina