Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Sihir

E-mail Cetak PDF

1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.

2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.

3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:

Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:

i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

 قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِيْ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا الله

 

Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:

 

مَنْ أتَى كَاهِنًا أوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ فِيْمَا يَقُوْلُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

 

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”  (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

 

Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.

 

Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةُ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

 

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.

5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.

6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan tujuan untuk kebaikan.

7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan, memasarkan dan mempromosikan amalan-amalan yang berkaitan dengan sihir.


KEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS DALAM MESYUARAT BILANGAN 4/2011 PADA 23 OGOS 2011 BERSAMAAN 23 RAMADAN 1432H. KEPUTUSAN INI JUGA TELAH DISEMBAH MAKLUM KEBAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS.

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 03 Februari 2012 16:31 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Akidah Hukum Sihir