Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Perbanyakkan Sedekah Pada Malam al-Qadar

E-mail Cetak PDF

Ramai dari kalangan umat Islam bersungguh-sungguh beribadah pada malam al-Qadar dengan memperbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan seumpamanya. Namun terdapat satu amalan yang hampir dilupakan, iaitulah menghidupkan malam al-Qadar dengan BERSEDEKAH. Tahukah kita bahawa Nabi SAW bukan sahaja menghidupkan malam al-Qadar dengan hanya menunaikan solat, berzikir, membaca al-Quran dan berdoa sahaja? Sebaliknya baginda menghidupkan malam al-Qadar dengan melakukan amalan soleh yang berbagai. Kefahaman ini diambil hasil dari menghimpunkan hadis-hadis yang menceritakan baginda SAW menghidupkan sepuluh malam yang akhir, yang membawa maksud mempelbagaikan amalan soleh termasuklah bersedekah (Lihat Majalis Syahr Ramadhan oleh Ibn al-‘Uthaimin). 

Jika menunaikan solat pada malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan (lebih dari 30 ribu solat), maka samalah halnya dengan memperbanyakkan sedekah pada malam al-Qadar. Allah SWT berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Malam al-Qadar iaitulah malam yang lebih baik dari seribu bulan.” Maka sesiapa yang bersedekah pada malam al-Qadar dengan seringgit, bermakna dia telah bersedekah lebih dari 30 ribu ringgit yang dilakukan kerana Allah SWT. Justeru sepatutnya bagi sesiapa yang berusaha mendapatkan malam al-Qadar hendaklah dia juga berusaha melakukan amalan sedekah pada setiap 10 malam yang akhir sekalipun hanya dengan seringgit, agar dikurniakan kebaikan yang banyak kepadanya.

Wallahu a’lam.

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 29 Julai 2013 08:57 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Artikel/Khutbah Perbanyakkan Sedekah Pada Malam al-Qadar