Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Pemisah Antara Saf Lelaki & Wanita

E-mail Cetak PDF

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-10

TARIKH: 28-29 April 2013 / 17-18 Jamadil Akhir 1434h

 

 

HUKUM PEMISAH ANTARA SAF LELAKI DAN WANITA

           

 

Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa :

 

“Pada asalnya ialah memisahkan di antara jemaah lelaki dan wanita di dalam masjid. Maka, tiada keperluan untuk meletakkan penghadang. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

 

Maksudnya:

“Sebaik-baik saf lelaki adalah yang terawal, seburuk-buruk saf mereka pula adalah yang terakhir. Manakala sebaik-baik saf wanita adalah yang terakhir dan seburuk-buruk saf mereka pula adalah yang terawal.” (HR Muslim)

 

Namun, perlu diingat bahawa aurat dan adab di antara lelaki dan wanita perlu dijaga walau di mana sahaja berada”.

 

 

Kongsi Artikel Ini :

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Ibadah Hukum Pemisah Antara Saf Lelaki & Wanita