Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Tahlil Arwah & Khatam al-Quran Untuk Arwah

E-mail Cetak PDF

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-11/2013

TARIKH: 24 Jun 2013 / 15 Syaaban 1434H

Hukum Tahlil Arwah Dan Khatam Al-Quran Untuk Arwah

 

 

Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa:

Program tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk arwah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang turut mengutip sumbangan daripada para pesertanya adalah suatu perbuatan bid'ah yang amat keji kerana memperdayakan orang ramai dengan amalan yang mengeksploitasikan zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran serta memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan sukuk al-ghufran (sijil keampunan) penganut agama Nasrani.

Sabda Rasulullah SAW:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu di dalam urusan kami ini apa yang bukan darinya, maka ia tertolak.” (al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah menghalang program-program seperti ini.

 

 

 

 

Kongsi Artikel Ini :

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Ibadah Hukum Tahlil Arwah & Khatam al-Quran Untuk Arwah