Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Wasiat Wajibah

E-mail Cetak PDF

Tiada wasiat yang dinamakan sebagai Wasiat Wajibah menurut al-Quran dan al-Sunnah. Merujuk kepada kes yang dipersoalkan mengenai hak cucu terhadap harta peninggalan datuknya, maka tiada hak faraid untuk cucu menurut ketetapan syarak, melainkan di atas ihsan ahli waris berdasarkan ayat:

وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Maksudnya: “Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (al-Nisa’: 8)

Kata al-Imam al-Qurtubi, pandangan yang sahih bagi maksud “berikanlah” itu adalah disunatkan bukannya wajib. (Lihat Tafsir al-Qurtubi)

Hikmah pembahagian faraid adalah rahsia milik Allah dan tiada siapapun yang boleh mengatasi dan mempertikaikannya. Firman Allah SWT:

آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya: “lbu-bapa dan anak-anak kamu, (sedangkan) kamu  tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan. Itu ialah) ketetapan daripada Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Nisa’: 11)

 

-------------------------

Tarikh Fatwa: 31/3/2014 

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 01 April 2014 15:19 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Muamalat Wasiat Wajibah