Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Ajaran Qadiani/Ahmadiah

E-mail Cetak PDF

Tarikh Keputusan   : Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil. 4/2010 bertarikh 15-16 November 2010

Tarikh Warta                        : 4 Ogos 2011/4 Ramadan 1432H

Enakmen: 4 Pentadbiran Agama Islam 2006

 

BAHAWA:

‘Ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam.

 

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah dengan ajaran Islam yang sebenar’.

Kongsi Artikel Ini :

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Akidah Hukum Ajaran Qadiani/Ahmadiah