Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Apakah Pahala Dan Dosa Dilipat Gandakan Dalam Bulan Ramadhan?

E-mail Cetak PDF

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui talian telefon.

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh oleh SS. Mufti Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya.

 

Soalan:

Benarkah kejahatan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan dilipaT-gandakan dosanya sepertimana pahala dilipat gandakan ganjarannya?

Jawapan:

Sememangnya kebaikan dan kejahatan yang dilakukan pada masa dan tempat yang ada kelebihan akan dilipat-gandakan. Namun terdapat perbezaan yang mesti difahami diantara kebaikan yang digandakan dengan kejahatan yang digandakan.

Adapun kebaikan, gandaannya dalam bentuk bilangan dan pahalanya. Maka sesuatu kebaikan yang dilakukan akan dilipat-gandakan bilangannya sehingga menyamai 10 atau lebih banyak lagi. Dalam masa yang sama pahalanya juga dilipatganda dan dilebihkan.

Adapun kejahatan, gandaan hanya berlaku pada dosa sahaja iaitulah dosanya lebih besar dan balasan yang bakal dikenakan juga lebih bersangatan. Namun gandaan tidak berlaku pada bilangan dosa. Satu-satu dosa yang dilakukan tetap dikira sebagai satu dosa dan ia tidak mungkin akan dilipat gandakan bilangannya sepertimana amalan kebaikan.

Di dalam kitab Matolib Uli al-Nuha 2/385 dinyatakan:

 وتضاعف الحسنة والسيئة بمكان فاضل كمكة والمدينة وبيت المقدس وفي المساجد , وبزمان فاضل كيوم الجمعة , والأشهر الحرم ورمضان . أما مضاعفة الحسنة ; فهذا مما لا خلاف فيه , وأما مضاعفة السيئة ; فقال بها جماعة تبعا لابن عباس وابن مسعود . . . وقال بعض المحققين : قول ابن عباس وابن مسعود في تضعيف السيئات : إنما أرادوا مضاعفتها في الكيفية دون الكمية

Maksudnya: “Dilipat-gandakan kebaikan dan kejahatan yang dilakukan di tempat yang ada kelebihan seperi di Mekah, Madinah, Baitul Maqdis dan di dalam masjid-masjid. Demikian juga ketika masa yang ada kelebihan seperti hari Jumaat, dalam bulan-bulan yang dimuliakan dan dalam bulan Ramadhan. Adapun gandaan kebaikan, maka tidak akan perbezaan pendapat ulama tentangnya. Adapun tentang gandaan kejahatan ia dinyatakan oleh sekumpulan ulama kerana mengikuti pandangan Ibn ‘Abbas dan Ibn Mas’ud…kata sebahagian para peneliti (dari kalangan ulama): “Pandangan Ibn ‘Abbas Ibn Mas’ud tentang gandaan kejahatan, mereka memaksudkan kepada gandaan pada bentuk dosa bukannya pada bilangan dosa (kejahatan yang dilakukan).”

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berkata:

تضاعف الحسنة والسيئة بمكان وزمان فاضل .

فالحسنة تضاعف بالكم وبالكيف . وأما السيئة فبالكيف لا بالكم ، لأن الله تعالى قال في سورة الأنعام وهي مكية : ( مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ ) الأنعام/160 . وقال : ( وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ) الحج/25 . ولم يقل : نضاعف له ذلك . بل قال : ( نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ) فتكون مضاعفة السيئة في مكة أو في المدينة مضاعفة كيفية .( بمعنى أنها تكون أشد ألماً ووجعاً لقوله تعالى : وقال : ( وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 

Maksudnya: “Gandaan kebaikan dan kejahatan pada tempat dan masa yang ada kelebihan. Maka satu kebaikan digandakan pada bilangan bukan pada bentuk. Adapun kejahatan gandaan pada bentuk dosa sahaja tidak pada bilangan. Hal ini kerana Allah Ta’ala berfirman di dalam surah al-An’am termasuk ayat Makkiyyah: (Maksudnya) “Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, maka baginya 10 kebaikan yang seumpamanya, dan sesiapa yang melakukan kejahatan, maka dia tidak akan dibalas melainkan dengan balasan yang seumpamanya sahaja sedang mereka sama sekali tidak dizalimi.”  Surah al-An’am: 160. firmanNya lagi: “Dan sesiapa yang hendak melakukan perbuatan yang dilarang (di Mekah) dengan cara yang zalim, kami akan rasakannya azab yang pedih.” Al-Hajj: 25, Allah tidak menyatakan: dilipat-gandakan kesalahan tersebut, sebaliknya Allah hanya berfirman: “Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.” Maka gandaan kejahatan yang dilakukan di Mekah dan Madinah adalah gandaan dosa iaitulah kesangatan dalam kesakitan dan penderitaan, berdasarkan firman Allah Ta’ala: “Dan sesiapa yang hendak melakukan perbuatan yang dilarang (di Mekah) dengan cara yang zalim, kami akan rasakannya azab yang pedih.”  (al-Syarh al-Mumti’ 7/262)

Wallahu a’lam.

Kongsi Artikel Ini :

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Ibadah Apakah Pahala Dan Dosa Dilipat Gandakan Dalam Bulan Ramadhan?