Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Oleh Penguatkuasa

E-mail Cetak PDF

Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Oleh Penguatkuasa.
Keputusan:
Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Atau Sebab-Sebab Lain
Niat Murtad

Berpaling dari agama Islam kepada agama kafir samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktikad.

Berkata imam al Ghazali ' Ada pun hakikat roh ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktikad atau engkar manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari. Demikian juga mencampakkan al Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya.

Perkara-Perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad

(A)Perkataan

Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (redat) orang yang menyucapkannya.

Firman Allah:

' ' (Surah At Taubat) 65 - 66

Maksudnya:

Katakanlah, patutkah nama Allah dan ayat-ayatnya serta rasulnya kamu memperolok-olok dan mengejinya? Janganlah kamu berdalih (dengan lasan-alasan yang dusta).

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut:

  1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (Islam) secara darurat seperti mengingkari keesaan Allah, keujudan malaikat, kenabian Muhammad saw dan seumpamanya.
  2. Mengamalkan apa yang harak secara ajma"
  3. Mengharamkan apa yang hal secara ajma"
  4. Mencela Nabi Muhammad saw atau nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
  5. Mencela agama Islam, menghina al Quran dan al Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
  6. Menunggu wahi turun kepadanya.
  7. Merendah-rendahkan nama-nama Allah dan perintah-perintahNya.


(B)Perbuatan

Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah:

  1. Mencampakkan maksud al Quran atau kitab hadis Rasulullah saw ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
  2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
  3. Tidak mengamalkan hokum-hukum al Quran dan al Sunnah kerana menganggapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.


(C)Niat

Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukan niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-Syarat Sah Seseorang Di Kira Murtad

Para ulama" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.

  • Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
  • Pilihan sendiri atau sukarela tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.


Masalah

Perkara yang berlaku sekarang ini mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaan mereka itu tanpa melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan-perkataan tersebut. Perkara-perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut.

a.Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihatkan dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah. Oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi menggambarkan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.

b.Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syarak mungkin juga berada di dalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hokum mpengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya mengucap kembali dua kalimah shahadah.

Pertimbangan

Walau apa pun alasan dan sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hukum syarak adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada ro"dah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati.

Bertkata Said Saba" Seseorang Islam tidak dikira hukum ro"dah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya.

Berdasarkan firman Allah.

' '

Yang bermaksud:

Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kafir.

Sabda Rasulullah saw:

' '

Yang bermaksud:

Sesungguhnya sesiapa amalan itu dengan niat dan bagi sesiapa seseorang apa yang diniatkannya.

Dan kerana hati adalah suatu yang aib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan dalil khot"i yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasibkan kepada imam Malik di mana beliau berkata:

' '

Yang bermaksud:

'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'.

Kongsi Artikel Ini :
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 08 Januari 2011 13:25 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Informasi Koleksi Fatwa Fatwa Akidah Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Oleh Penguatkuasa