Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04-9794428
Fax : 04-9763844

Piagam Pelanggan

E-mail Cetak PDF

KAMI BERJANJI INSYAALLAH UNTUK :

  • Bersedia memberi penjelasan hukum dan permasalahan agama kepada semua masyarakat dengan kadar yang segera.
  • Berusaha mewujudkan ciri-ciri mua'asyarah hasanah dalam pembangunan ummah.
  • Menyeru masyarakat menghayati al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup harian.
  • Berusaha menerbitkan risalah-risalah agama untuk menjadi panduan / rujukan kepada masyarakat.
  • Menerbitkan khutbah untuk masjid-masjid di Negeri Perlis mengikut isu-isu semasa dan keperluan masyarakat.
  • Menyediakan Maktabah kitab-kitab Islam untuk menjadi bahan rujukan serta menggalakkan umat islam membaca dan meneroka hukum islam sejajar dengan tuntutan agama.
  • Berusaha melahirkan masyarakat islam supaya menjadi orang yang bertaqwa, beriman, berilmu, berbudi mulia dan berbudaya penyayang melalui program usrah, tadarus al-quran dan sebagainya.
  • Membina masyarakat islam ke arah membolehkan mereka menuju kecemerlangan dan memberi sumbangan yang lebih besar untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
  • Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepada masyarakat umum.
  • Menerima semua aduan dan masalah serta menjalankan siasatan yang sewajarnya tanpa apa-apa prasangka

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 18 November 2010 16:12 )

Mau'izah Harian

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

 

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

 

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

 
Anda Disini: Profil Jabatan Piagam Pelanggan