FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perlis bertanggungjawab mengurus balai cerapan rasmi Negeri Perlis dan menentukan serta membuat semakan arah kiblat Negeri Perlis. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan Takwim Negeri Perlis.

FUNGSI BAHAGIAN FALAK DAN PENGAJARAN

  1. Perancangan dan pelaksanaan mesyuarat serta Majlis Cerapan Rasmi Hilal Awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah serta aktiviti cerapan hilal bagi setiap awal bulan Hijrah.
  2. Pengurusan balai cerap/tempat cerapan rasmi Negeri Perlis,
  3. Perancangan dan pengurusan aktiviti penentuan dan semakan arah kiblat.
  4. Pengurusan dan penyediaan Takwim Solat Negeri Perlis.
  5. Perancangan dan pelaksanaan Temuduga Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis.
  6. Perancangan dan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis.
  7. Pengurusan tauliah, kelulusan penceramah, kebenaran program, kawalan e-Tauliah dan pembayaran elaun Mengajar Agama Islam Negeri Perlis.
  8. Perancangan dan pelaksanaan program-program Ilmu Falak dan Astronomi kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Perlis.
  9. Perancangan dan pelaksanaan program-program Jabatan.