FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

30 Disember 2019 (Isnin) Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Panel Syariah Negeri Perlis untuk membincangkan berkenaan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh. 

Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di bilik Mesyuarat Harumanis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pembentang kertas kerja  "Pandangan Hukum Berkenaan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh di Malaysia" telah dibentangkan oleh YBhg. Dr. Nazhatulshima Binti Ahmad dan YBhg. Dr. Raihana Binti Abdul Wahab daripada JAKIM. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang kedua oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abd. Halim Bin Abdul Aziz (Pensyarah Fakulti  Fiziik Unit Penyelidikan Ilmu Falak Dan Sains Atmosfera USM Pulau Pinang) berkenaan Perubahan Waktu Solat Subuh. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh SS. Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis).

Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 Tengah Hari. 

Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam masa terdekat. 

 

80686684 2446074039043409 2362585900925321216 n