FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

PENJELASAN BERKAITAN SURAT MEMANTAPKAN BACAAN ZIKIR

SELEPAS SOLAT FARDHU DI NEGERI PERLIS

1. Bermula tahun 2018 Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengedarkan zikir-zikir selepas solat menurut hadis-hadis yang sahih dari Nabi SAW. Setiap masjid seluruh Negeri Perlis juga telahpun dibekalkan frame zikir untuk dipamerkan di dalam masjid sebagai usaha memantapkan zikir-zikir menurut Sunnah selepas solat fardhu kepada jemaah masjid. Selain itu, buku zikir bersaiz poket juga turut diedarkan kepada jemaah secara percuma di seluruh masjid di Negeri Perlis.

2. Bagi membiasakan jemaah mengamal dan melafazkan dengan betul zikir-zikir selepas solat yang bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW, para imam diminta memainkan peranan yang besar ke arah menjayakan hasrat ini. Oleh itu pada 18 Feb 2020, Jabatan Mufti telah mengeluarkan sepucuk surat meminta para imam membiasakan diri terlebih dahulu mengamalkan dan mengelokkan bacaan zikir-zikir tersebut. Mereka nanti akan diminta bertindak mengajar para jemaah membacanya dengan betul. Ini akan dibantu oleh Guru-Guru Takmir Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika kuliah di masjid.

3. Semua usaha bimbingan zikir ini hendaklah selari dengan keputusan fatwa Negeri Perlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-36 / 2018 bertarikh: 23-24 Julai 2018:

CARA ZIKIR SELEPAS SOLAT

“Zikir-zikir selepas solat dilakukan secara bersendirian dalam keadaan khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah SWT. Tidak mengapa jika kadang-kadang imam menguatkan bacaannya bagi tujuan mengajar para jemaah.”

4. Pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis mengharapkan agar hal ini dimaklumi dan tidak memberikan maksud yang salah pada surat yang dikeluarkan oleh SS Dato’ Mufti Negeri Perlis.

 

88169122 2506290699688409 7732998800091906048 o1b221823 4d89 46e0 b8cf 9dda85c0b0096107497b a299 4bed 9628 abdd61a0be8a