FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

13 MAC 2020: TITAH DIRAJA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI NEGERI PERLIS

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN SOLAT JUMAAT PADA 13 MAC 2020

Setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bagi menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar Solat Jumaat di seluruh Negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.

Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu pihak Kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan.

Oleh hal yang demikian, Pengurusan Masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

Maka dinasihatkan agar individu muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH

SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 13 Mac 2020 bersamaan 18 Rajab 1441H

 

89773475 2460523994261568 3720857084808396800 o