FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU YANG DIPERTUA MAIPs BERKAITAN KEBENARAN JEMAAH MASJID DI BAWAH UMUR 18 TAHUN
 
Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah melihat kepada perkembangan positif situasi semasa wabak Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa Baginda telah memperkenankan beberapa perkara seperti berikut:
 
1. Jemaah di bawah umur 18 tahun adalah diperkenankan hadir di semua Masjid seluruh negeri Perlis berkuatkuasa serta-merta.
 
2. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti pengimarahan di surau-surau sekolah / institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah diperkenankan dengan syarat terhad kepada warga sekolah / IPT sahaja (pelajar, guru, pensyarah dan kakitangan sekolah / IPT) tanpa melibatkan pihak luar berkuatkuasa serta-merta.
 
3. Warga sekolah / IPT hendaklah menunaikan solat Jumaat di mana-mana Masjid Kariah / Surau Kebenaran Jumaat yang berdekatan.
 
4. Pihak pengurusan sekolah / IPT adalah bertanggungjawab dalam memastikan SOP keselamatan dan kesihatan berada di tahap maksimum.
 
5. Sebagai langkah pencegahan dan memperkemas pelaksanaan SOP keselamatan, HANYA masjid kariah dan surau sekolah / IPT sahaja dibenarkan untuk diimarahkan.
 
Dengan perkenan seperti yang dinyatakan di atas, maka semua umat Islam dapat menunaikan ibadah dan mengimarahkan masjid-masjid seluruh negeri Perlis tanpa sebarang pengecualian lagi termasuklah golongan remaja dan pelajar. Dalam masa sama, para ibu bapa adalah dinasihatkan agar sentiasa memantau tahap kesihatan dan pelaksanaan SOP ke atas anak-anak tersayang sekaligus menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
Rujukan: MAIPs. 100 - 6 Jld 7 ( 88 )
Bertarikh​: 16 Julai 2020 bersamaan 24 Zulkaedah 1441H
 
109201869 2620484741602337 2678966724176451589 o