FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU YANG DIPERTUA MAIPs BERKAITAN PEMBUKAAN SEMULA 12 BUAH MASJID DI DUN SANGLANG, SIMPANG EMPAT & GUAR SANJI KEPADA MASYARAKAT AWAM SERTA ARAHAN PEMATUHAN SEPENUHNYA SOP KESIHATAN DAN KESELAMATAN
 
Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah dipersembah maklum berkaitan situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di Perlis, adalah dimaklumkan bahawa Baginda telah berkenan menitahkan perkara-perkara berikut:
 
1. Pembukaan semula sepenuhnya 12 masjid di Dun Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji.
 
Semua 12 buah masjid yang sebelum ini dihadkan aktivitinya, kini diperkenankan untuk dibuka semula sepenuhnya kepada masyarakat awam. Sehubungan itu, ibadah solat berjemaah dan aktiviti pengimarahan termasuk kuliah dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu Zohor pada tarikh 23 Ogos 2020.
 
2. Arahan pematuhan sepenuhnya SOP kesihatan dan keselamatan.
 
Adalah diingatkan kepada seluruh rakyat, agar sentiasa mematuhi sepenuhnya SOP kesihatan dan keselamatan seperti memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal, serta melaksanakan penjejakan sosial selain disyaratkan sihat tubuh badan tanpa risiko jangkitan.
 
Saya turut menegaskan bahawa, kita semua masih berada dalam suasana berjaga-jaga kerana wabak ini masih lagi berada bersama kita. Dalam masa yang sama, saya meminta semua pengurusan masjid agar sentiasa bersiap siaga dari semasa ke semasa membuat persiapan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan atau keperluan untuk penutupan aktiviti masjid sekiranya diperlukan.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs: MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
 
Bertarikh : 23 Ogos 2020 bersamaan 4 Muharram 1442H
 
118152119 2599941403653159 7846332011180268192 o