FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU YANG DIPERTUA MAIPs BERKAITAN PENGEKALAN PENGGUNAAN SEJADAH SENDIRI DI MASJID 
 
Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menilai keperluan untuk mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan sebagai ikhtiar mengelakkan kemungkinan penularan semula wabak Covid-19, serta merujuk kepada kenyataan Media YB Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos 2020 lalu berkaitan pelaksanaan kelonggaran penggunaan sejadah di masjid yang tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing, maka dengan ini dimaklumkan bahawa Baginda telah berkenan menitahkan perkara-perkara berikut:
 
1- Pengekalan penggunaan sejadah sendiri di masjid
 
Semua jemaah masjid di seluruh Perlis hendaklah KEKAL menggunakan sejadah sendiri ketika hadir menunaikan solat seperti yang telah dinyatakan pada perkara ke 8 dalam Titah Perutusan saya terdahulu berkaitan SOP kebenaran menunaikan solat di masjid [Rujuk MAIPs. 100 - 6 Jld 7 ( 82 )] bertarikh 8 Mei 2020 yang lalu.
 
2- Saiz sejadah yang digunakan
 
Saiz sejadah yang digunakan hendaklah STANDARD, iaitu melitupi keseluruhan ruang solat setiap seorang jemaah, dari tempat berdiri sehingga ke tempat sujud. Selain itu, sejadah yang digunakan hendaklah dipastikan kebersihannya serta dilipat dan disimpan dengan baik apabila tidak digunakan. Perkara ini adalah untuk memastikan penggunaan sejadah berkenaan mencapai tujuan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan diri demi kepentingan bersama.
 
Selain perkara yang dinyatakan di atas, penggunaan sejadah sendiri wajar menjadi budaya di pelbagai tempat termasuklah di tempat kerja, sekolah, hatta semasa bermusafir dan dipraktikkan sebagai salah satu kelaziman baharu bagi mengekalkan kawalan kendiri yang tinggi di kalangan rakyat.
 
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs: MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
 
Bertarikh : 28 Ogos 2020 bersamaan 9 Muharram 1442H
 
1ad3e910 b454 4b1f 8392 55d431de527e