FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU YANG DIPERTUA MAIPs BERKAITAN KEBENARAN KHAS PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA DAN INSTITUT PENGAJIAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2020
 
Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menilai keperluan dan suasana penularan semula Covid-19, maka dengan ini dimaklumkan bahawa Baginda telah berkenan untuk dilaksanakan solat Jumaat di surau asrama Sekolah-sekolah Menengah Berasrama dan Institut Pengajian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun 2020, dengan syarat-syarat berikut:
 
i) Solat Jumaat hendaklah diimamkan oleh Imam Litar yang dilantik oleh JAIPs yang hanya melibatkan pelajar yang tinggal di asrama dan guru / pegawai bertugas berkenaan sahaja dengan mematuhi sepenuhnya garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs.
 
ii) Teks Khutbah Jumaat adalah mengikut teks yang disediakan/diluluskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.
 
iii) Kebenaran ini akan bermula pada 18 September 2020 sehingga 25 Disember 2020, melainkan jika dibatalkan lebih awal.
 
iv) Senarai surau sekolah-sekolah menengah berasrama dan Institut Pengajian yang terlibat adalah seperti yang dilampirkan.
 
Adalah diingatkan kepada seluruh rakyat negeri Perlis bahawa, kita masih belum berjaya memutuskan penularan wabak Covid-19 sepenuhnya. Sehubungan itu, seluruh umat Islam ditegaskan untuk terus berhati-hati dan melaksanakan ketetapan mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh MAIPs, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang penularan semula wabak ini.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920 – 2020): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
 
Bertarikh : 17 September 2020 bersamaan 29 Muharram 1442H
 
LAMPIRAN
 
KEBENARAN KHAS PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA DAN INSTITUT PENGAJIAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2020
 
1. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000, Kangar, Perlis
 
2. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan
Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis
 
3. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Abi
Kampung Kubang Badak, 01000 Kangar, Perlis
 
4. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
Jalan Besar, Arau, 02600 Arau, Perlis
 
5. Surau Asrama
Sekolah Menengah Dato' Jaafar Hassan
Kampung Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis
 
6. Surau Asrama
Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
Kampung Behor Mali, 02700 Simpang Ampat, Perlis
 
7. Surau Asrama
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah
Jalan Tuanku Syed Sirajuddin, 02600 Arau, Perlis
 
8. Surau Asrama
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis
 
9. Surau Asrama
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
 
10. Surau Asrama
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri
Batu 8 ½, Jalan Kaki Bukit, 02400 Kangar, Perlis
 
11. Surau Asrama
Kolej Vokasional Arau
Jalan Padang Nyu, 02600, Arau, Perlis
 
12. Surau Asrama
Kolej Vokasional Kangar
Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis
 
13. Surau Asrama
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar
Padang Behor,Mukim Sena, 01000, Kangar, Perlis
 
14. Surau Asrama
Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri
Kampung Padang Malau, 01000 Kangar, Perlis
 
15. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad
Kampung Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis
 
16. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Kampung Rama, 02800 Simpang Empat, Perlis
 
17. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Derma
Jalan Penjara, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
 
18. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
02200 Kaki Bukit, Perlis
 
19. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad
Jalan Besar Arau 02600, Arau, Perlis
 
20. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi
KM 12, Jalan Kangar-Alor Setar, 02700, Simpang Empat, Perlis
 
21. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Tunjong, Beseri 02400, Kangar, Perlis
 
 
119344518 2679204742397003 5208190313454718197 n119228667 2679204782396999 8899449886670511626 n