FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 
38b149d9 9346 4a58 a5e2 f552d7452900
 
 
 
19 November 2020- Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Seminar Fiqh Muamalat bersama YBhg. Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah yang merupakan AJK Fatwa Negeri Perlis dan Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis.
 
Seminar bermula pada jam 9.00 pagi oleh pembentang pertama YBhg. Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah. Tajuk pembentangan oleh beliau adalah Garis Panduan Khiyar Transaksi Dalam Talian (Online), Kaedah Urusniaga Jual Beli Secara Dalam Talian dan Hukum Pertukaran Barang Kemas Daripada Emas. 
 
Seminar ini juga diteruskan dengan pembentangan yang kedua oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis yang bertajuk Hukum Keterlibatan Muslim Dalam Penghantaran Barang Tidak Halal Kepada Bukan Muslim, Hukum Penggunaan Objek Yang Berbentuk Salib atau Apa-Apa Lambang Agama Lain dan Fatwa Pertandingan dan Wang Pertandingan. 
 
Seminar ini dihadiri oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Guru Takmir Negeri Perlis, Imam-imam Negeri Perlis, dan orang awam. 
 
Pada seminar ini juga turut dilancarkan Pra Pelancaran Perlis Berzikir oleh Mufti Negeri Perlis. ‘Perlis Berzikir’ adalah satu kempen mengajak rakyat Perlis yang beragama Islam mengamal dan membanyakkan zikirullah (menyebut dan mengingati ALLAH) seperti yang diajarkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian.
 
Kempen ini bukan sahaja menggalakkan berzikir tetapi juga memberikan ilmu serta panduan untuk memudahkan rakyat Perlis beramal dengan zikir-zikir yang bertepatan dengan al-Sunnah. Seminar ini berakhir pada jam 1.00 Tengah Hari.