FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

7ff2840b f141 4c40 9c05 8c2049a7737e

 

2 Disember 2020 (Rabu)- Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Sunnah Peringkat Negeri Perlis. Bengkel ini telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri Perlis. Bengkel telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan pematuhan SOP.

Bengkel dimulai dengan pembentangan pertama oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan (Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa KUIPs) yang bertajuk Manhaj Pembikinan Fatwa Negeri Perlis. Seterusnya bengkel ini diteruskan oleh YBhg. Ustaz Abdul Kadir bin sahak (Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis) yang bertajuk Isu-Isu Khilafiyah Negeri Perlis. Sesi akhir bengkel ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar (Imam Besar Negeri Perlis) dengan tajuk Ikut Nabi s.a.w Dan Taat Ulil Amri.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta terdiri daripada pemegang tauliah agama Islam Negeri Perlis. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan sebagai nilai tambah kepada pemegang tauliah yang akan menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat umum.  Bengkel berakhir pada jam 12.00 Tengah Hari.