FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

Mustalahat al-Imam al-Tirmizi RH (1)

Oleh: Bin Sahak (Saringan dari Islamweb.net)

al-Imam al-Tirmizi, beliau ialah Abu 'Iesa, Muhammad bin Thaurah bin Musa bin alDhahhakأبو عيسى محمد بن سورة بن موسى بن الضحاك , lahir pada tahun 210H dan meninggal dunia pada 279H. Penulis kitab Sunan al-Tirmizi yang menjadi salah satu kitab rujukan hadis utama umat Islam. Berkaitan dengan kitabnya Sunan al-Tirmizi, beliau berkata:

Maksudnya: "Aku menulis kitab ini (Sunan al-Tirmizi), aku bentangkannya kepada ulama Hijaz, mereka mempersetujuinya. Aku bentangkan kepada ulama Iraq, mereka persetujuinya. Aku bentangkan kepada ulama Khurasan, mereka persetujuinya." Beliau menyambung katanya:

ومن كان في بيته هذا الكتاب فكأنما في بيته نبي يتكلم

Maksudnya: "Sesiapa yang ada di dalam rumahnya kitab ini, ia seolah-oleh di dalam rumahnya ada seorang Nabi yang berkata-kata."

Terdapat banyak Mustalahatyg digunakan oleh al-Imam al-Tirmizi di dalam kitab Jami'nya dalam menghukum hadis.

Dr. 'Adab al-Hamushعداب الحمش menyatakan, melalui pemerhatian dan penelitian yang mendalam didapati al-Tirmizitelah menggunakan 96 mustalahat yang berbeza dalam menghukum darjat2 hadis di dalam kitabnya al-Jami'.

Di antara mustalahat itu:

  1. Hanya disebutnya sekali sahaja dalam menghukum hadis iaitulahأحسن وأصح untuk hadis bilangan 2101.
  2. Digunakan sekala-sekala sahaja iaitulahأحسن شيء في الباب وأصح atau beliau berkata: أصح شيء في الباب وأحسن.
  3. Digunakannya sebanyak 1641 kali iaitulahحسن صحيح.
  4. Manakala istilah حسن صحيح غريب digunakan sebanyak 321 kali.
  5. Istilah صحيح digunakan sebanyak 108 kali.
  6. Istilah صحيح غريب sebanyak 18 kali.
  7. Istilah حسن sebanyak 312 kali.
  8. Istilah حسن غريب sebanyak 557 kali
  9. Istilah حديث لا نعرفه إلا من حديث فلان sebanyak 209 kali
  10. Istilah غريب sebanyak 362 kali.

Dari sudut pembahagian hadis yang kuat dan lemah oleh al-Imam al-Tirmizi, dapat dibahagikan mustalahat yang digunakan beliau adalah seperti berikut:

Bahagian Pertama: Hadis-hadis Sahih

Termasuk juga dalam bahagian ini hadis-hadis yang al-Imam al-Tirmizi memaksudkan Sahih pada ghalibnya. Seperti istilah:

- Hasan Sahih حسن صحيح,

- Sahih Gharib صحيح غريب dan

- Sahih Hasan Gharib صحيح حسن غريب.

Para ulama berbeza pandangan manakah yang lebih tinggi darjah sahihnya di sisi al-Tirmizi. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

- Sebahagian ulama berpandangan “Hasan Sahih" lebih tinggi darjat kesahihannya dari "Sahih".

- Sebahagian kata sebaliknya, iaitulah "Sahih" lebih tinggi darjatnya dari "Hasan Sahih".

- Sahih Hasan Gharib, merupakan darjat yang paling jarang digunakan oleh al-Imam al-Tirmizi. Di mana ia dinyatakan pada beberapa hadis yang sedikit sahaja. Namun ia menunjukkan kesahihan hadis dan ia lebih kuat berbanding perkataan beliau: Gharib Hasan Sahih.

- Bagi sesiapa yang memerhatikan kitab beliau, istilah Sahih Gharib ini paling banyak al-Imam al-Tirmizi gunakan dalam menghukum darjat hadis pada bahagian akhir kitab alJami'nya. Di mana keumuman hadis-hadis tersebut bukanlah hadis berkaitan hukum-hakam, dan boleh dianggap hukuman ini pada beliau adalah lafaz sahih yang paling rendah. Bahkan sebahagian ulama ada yang menghukum sebahagian hadis-hadis tersebut sebagai lemah.

Al-Imam al-Tirmizi tidak menjelaskan maksud beliau pada menggunakan istilah Sahih dan Hasan Sahih di dalam kitab al-Jami'nya atau kitab al-'Ilal, sepertimana beliau menerangkan maksud penggunaan istilah al-Hasan dan al-Gharib.

Namun majoriti ulama selepas al-Imam al-Tirmizi sepertiIbn al-Solah dan al-Nawawi memberikan batasan sesuatu hadis Sahih mestilah hadis yang diriwayatkan dengan nukilan periwayat yang adil lagi dhabith dari yang seumpamanya dari awal sanad hingga ke hujungnya. Tidak jadi syaz dan mu'allal. Al-Imam IbnHajar pula menambah di dalam syarahnya kepada kitab al-Nukhbah ungkapan: تام الضبط atau kesempurnaan al-Dabthdgn kata beliau: "khabar al-Ahadi dengan nukilan seorang yang adil lagi sempurna dabth, bersambung sanad, tanpa sebarang mu'allal dan tanpa Syaz" iaitu hadis Sahih Lizatih.

Tamam al-Dabth atau sempurna alDabth seperti yang sedia dimaklumi adalah satu syarat yang mustahil ada pada mana-mana periwayat hadis. Adapun syarat adil ia suatu yang jelas dan diketahui.

Para ulama selepas alImamalTirmizi juga tidak sependapat berkaitan maksud yg dikehendaki oleh alTirmizi pada menjelaskan batas hadis Sahih. Apakah istilah-istilah yang beliau itlaqkan ini terdapat padanya syarat-syarat hadis sahih li zatih atau lighairih, kerana mafhum hadis sahih li zatih tidak ada di sisi al-Mutaqaddimin, di antara mereka itu alTirmizi sendiri. Maka tidak mungkin untuk dikatakan al-Imam al-Tirmizi menghendaki dengan pengistilahan ini lebih dari maksud hadis sahih yang boleh diamalkan dengannya pada babnya. alHafidzIbn Rajab ada membuat satu huraian panjang di dalam kitabnya Syarh 'Ilal al-Tirmizi bagi menerangkan makna "al-Hadis al-Sahih" akan tetapi beliau tidak menyebut maksud alImamalTirmizi dalam perkara ini.

Bersambung ke bahagian (2)