FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40 / 2019
28-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H

FATWA
WALI ANAK YANG DITUDUH TIDAK SAH TARAF ATAU HASIL ROGOL

 

          Tidak ada pihak yang boleh menafikan nasab kepada seseorang bapa yang menjadi suami yang sah kepada wanita yang melahirkan seseorang anak semasa dalam tempoh perkahwinan dan keabsahannya sebagai wali nikah melainkan si suami itu sendiri yang menafikan nasab tersebut. Maka haram menafikan nasab seseorang anak melainkan mempunyai bukti yang sah di sisi syarak.

          Menjadi tanggungjawab setiap individu muslim menutup keaiban pihak yang lain. Demikian juga pihak pengurusan agama hendaklah menutup keaiban pihak yang berada di bawah urusannya.

          Bagi anak yang tidak mempunyai wali nasab atau dinafikan oleh wali nasab, akad nikah boleh dilakukan dengan menggunakan wali hakim dengan pelbagai cara atau ungkapan yang dapat menyembunyikan keaiban yang lepas. Ini seperti “Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin)”, tanpa perlu menyebut dalam akad tersebut apa-apa ungkapan yang boleh menimbulkan keaiban kepada mana-mana pihak.


Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 3/2019 pada 22 April 2019.