FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H

 

PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FI SABILILLAH

 

Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan displin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam.

Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaedah bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaedah tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.