FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H

 

HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN

AYAT RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL

 

  1. Jampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang thabit daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda.
  2. Mengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan.
  3. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk keuntungan duniawi.
  4. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah kerana terdapat gharar (ketidakpastian) dalam proses jual beli seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat.
  5. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya tidak disalahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat.
  6. Jawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.