FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H

 

FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN

 

Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut:

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut:

  1. Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ;
  1. Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ;
  • iii. Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat.