FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

TARIKH: 5 Jun 2017 / 10 Ramadan 1438H

 

HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK

PEMBINAAN MASJID

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markaz dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.