FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

TARIKH: 5 Jun 2017 Bersamaan 10 Ramadan 1438h

RAYUAN PERMOHONAN MEROBOHKAN MASJID AL-HAKIM PADANG MALAU

Setelah mendengar pembentangan yang baharu daripada Jawatankuasa Masjid AlHakim Padang Malau, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis secara majoritinya bersetuju membenarkan Masjid Al-Hakim Padang Malau dirobohkan dengan alasanalasan seperti berikut:

1) Ketidakmampuan masjid untuk menyelenggara bangunan lama dan peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian yang ada.

2) Rekabentuk masjid yang kurang selamat untuk jemaah disebabkan kedudukan selekoh dan pintu masuk utama.

3) Keperluan untuk ruang yang lebih luas untuk para jemaah disebabkan penambahan kawasan perumahan.

4) Rekabentuk yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan masjid yang lain seperti bilik imam, bilik siaraya, dan seumpamanya.

5) Keperluan asas masjid yang tidak sesuai untuk jemaah seperti tandas yang terlalu hampir antara lelaki dan perempuan. Mesyuarat turut menasihatkan agar masjid-masjid di negeri ini yang masih kukuh tidak dirobohkan tanpa alasan yang syarie.