FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017

TARIKH: 18-19 April 2017 / 21-22 Rejab 1438H

 

HUKUM KHITAN ANAK PEREMPUAN

 

Setelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut:

“Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya.”

Adapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara yang salah.

Andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yang kukuh.