FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017

29 Muharram – 1 Safar 1438H

 

Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah

Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat

 

Setelah menilai laporan Jawatankuasa Kecil yang dilantik berkaitan status tanah dan bekas surau Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat, maka pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebulat suara berpendapat bahawa tiada bukti kukuh tanah berkenaan telah diwakafkan. Adapun barangan yang masih boleh digunakan yang telah diberi oleh orang ramai untuk kegunaan surau hendaklah dipindahkan ke tempat lain dengan tujuan yang sama.