FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018

TARIKH : 23-24 JULAI 2018

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR

---------------------------------------------------------------------------------------------------

FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

 

MENGGERAKKAN TABUNG MASJID KETIKA KHATIB BERKHUTBAH

Tidak boleh menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat. Perbuatan ini termasuk dalam perkara yang dapat memalingkan tumpuan para jemaah dari mendengar khutbah Jumaat. Nabi SAW telah bersabda :

مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Terjemahannya: “Sesiapa yang bermain dengan batu (ketika Khatib berkhutbah) maka telah sia-sia (pahala Jumaatnya)”

(Riwayat Muslim)

Maka menggerakkan tabung ketika khatib berkhutbah lebih utama menyebabkan sia-sia. Dicadangkan tabung digerakkan sebelum khutbah atau selepas solat Jumaat.