FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 2019

14-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440H

Hotel Seri Malaysia, Kangar

_____________________________________________________

FATWA ZAKAT KE ATAS ASET DIGITAL BITCOIN (BTC)

_____________________________________________________

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat Bitcoin dikenakan zakat apabila mencukupi haul dan nisab di atas sifat ia adalah ‘Urudh al-Tijarah. Adapun pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah :

[ (Nilai terendah unit BTC dalam satu tahun x bilangan unit BTC) + keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun ] x 2.5 %

Pembayaran boleh dilakukan dalam bentuk nilai wang atau unit BTC. [1]

 

[1] Disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-44/2019

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020