FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019

26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441

Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur

______________________________________________________________________

FATWA BERKAITAN SULAM BEDAK, TANAM RAMBUT DAN JANGGUT

______________________________________________________________________

Mengubah ciptaan Allah (Taghyir Khalq Allah) pada diri manusia ialah mengubah ciptaan Allah yang boleh membawa kepada penipuan (tadlis) identiti diri. Adapun pengubahan seperti solekan atau rawatan kecantikan yang mempunyai kemaslahatan, tidak membawa kepada penipuan (tadlis) identiti diri dan tidak memudaratkan diri dan harta, adalah dibolehkan.

  1. Rawatan Sulam Bedak didapati tidak mempunyai unsur penipuan (tadlis) identiti diri dan dibolehkan jika mempunyai kemaslahatan dan tidak membawa kepada perkara-perkara berikut:
  1. Kemudaratan diri dan harta
  2. Bahan yang haram
  1. Rawatan tanam rambut dan janggut dibolehkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan, iaitu:
  1. Mempunyai maslahah (kepentingan) untuk diri yang melakukannya.
  2. Tidak menyebabkan penipuan identiti.
  • Tidak memberikan kemudaratan kepada diri dan harta.

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020