FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019

26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441

Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur

______________________________________________________________________

HUKUM AKAD NIKAH DI DALAM MASJID

______________________________________________________________________

Nikah tidak disyaratkan di dalam masjid namun boleh dilakukan di dalam masjid bahkan disunatkan jika memenuhi adab-adab dan peraturan masjid. Jika dilakukan di masjid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan pentadbiran oleh JAIPs, iaitu:

  1. Tidak boleh membawa peralatan-peralatan perkahwinan ke dalam masjid melainkan dengan mendapat keizinan khas.
  2. Tidak boleh mengadakan apa-apa upacara perkahwinan dalam masjid kecuali akad nikah.
  3. Tidak boleh menyebabkan gangguan kepada jemaah yang sedang beribadah di dalam masjid.
  4. Tidak diadakan pada waktu solat fardhu yang boleh menyebabkan gangguan kepada jemaah solat.
  5. Memastikan berpakaian sopan yang sesuai dengan adab masjid.
  6. Tidak melakukan apa-apa aksi atau perbuatan yang menimbulkan keghairahan dan fitnah.

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020