FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019
26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441
Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur
 
PENGECUALIAN GOLONGAN TERTENTU DARIPADA FATWA AJARAN & FAHAMAN SYIAH
 
Fatwa Ajaran & Fahaman Syiah yang diwartakan tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :
 
a) Individu berfahaman Syiah dari luar Negara untuk terus berpegang dan menjalankan ritual ibadah Syiah yang tidak dilakukan di tempat awam, dan tidak dengan isyarat untuk mengembangkannya dan tidak membabitkan rakyat tempatan.
 
b) Individu Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah yang mengkaji, mempelajari dan memberi penerangan berkenaan Syiah dan semua isu yang terkait dengannya bagi tujuan akademik
 
c) Individu Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah yang membeli, memiliki dan menyimpan sumber primer atau sekunder berbentuk buku-buku, rakaman audio, filem, artikel, majalah atau apa-apa dokumen/penerbitan untuk tujuan kajian dan pembelajaran akademik.
 
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020.