FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks


KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020

25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441

Hotel Seri Malaysia, Kangar

                 Bil. 3 /45  TAHUN 2020                                

 

 

HUKUM PENGGUNAAN AL-QURAN TULISAN RUMI DAN SELAINNYA UNTUK KEPERLUAN FARDHU AIN

 

Hukum asal penulisan al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah diharamkan.

Walau bagaimanapun dikecualikan bagi mereka yang amat memerlukan bagi menunaikan fardhu ain seperti saudara baru atau mereka yang tidak dapat membaca al-Quran dalam tulisan yang asal. Namun kebenaran tersebut bersyarat iaitu:

  1. Tulisan tersebut boleh dibaca dengan sebutan yang betul. Ini sama ada melalui guru atau kaedah-kaedah lain.
  2. Berusaha untuk membaca al-Quran asal.

-TAMAT-

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan AdatIstiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada30 Jun 2020.