FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020

17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441

Bilik Gerakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Perlis

Bil 1/46 Tahun 2020

                               

FATWA AKAD NIKAH MELALUI SIDANG VIDEO SECARA LANGSUNG

Akad nikah melalui sidang video secara langsung adalah sah jika diyakini oleh pihak yang terlibat telah memenuhi rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnya serta bebas daripada sebarang penipuan.

Adapun urusan pendaftaran perkahwinan di Perlis tertakluk kepada Enakmen Keluarga Islam Negeri Perlis dan pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan, pihak pendaftar hendaklah tidak mendaftarkan perkahwinan sidang video melainkan yang turut disaksikan oleh wakil pihak pendaftar atau mempunyai dokumen yang diiktiraf oleh pihak pendaftar.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menasihatkan agar mengutamakan akad perkahwinan secara kehadiran fizikal kerana itu lebih mendekati sifat asal perkahwinan dan mengelakkan kekeliruan serta khilaf melainkan jika ada keperluan untuk dilakukan menerusi sidang video secara langsung.

      

- TAMAT -

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020.