FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020

25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441

Hotel Seri Malaysia, Kangar

                     Bil. 4 /45  TAHUN 2020                               

 

HUKUM TALAK BID’IE

Talak bid’ie menyanggahi sunnah Nabi Muhammad SAW. Adapun hukum talak bid’ie dari segi jatuh ataupun tidak, telah menimbulkan khilaf dalam kalangan ulama. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat menerima pandangan bahawa talak bid’ie iaitu talak semasa haid, nifas dan ketika isteri berada dalam keadaan suci yang disetubuhi adalah jatuh.

-TAMAT-

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020.