FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 48 / 2020

14-15 September 2020 / 26-27 Muharram 1442

Lake Tasoh Resort, Perlis


Bil. 2/48 TAHUN 2020


 

KAEDAH URUSNIAGA JUAL BELI EMAS SECARA DALAM TALIAN

Emas adalah barangan ribawi yang tertakluk kepada syarat-syarat jual beli sarf, sekiranya dibayar menggunakan wang. Antara syarat penting dalam jual beli emas menggunakan wang ialah berlakunya kontrak dan serahan berlaku dalam sesi yang sama, serta tidak boleh dilewatkan.

Berkenaan jual beli jongkong, kepingan, ketulan atau habuk emas dalam talian, adalah mustahil untuk serahan emas itu berlaku secara fizikal serta-merta ke tangan pembeli, namun serahan (qabd) boleh berlaku dengan pihak pembeli melantik mana-mana pihak yang berada di premis penjual secara fizikal sebagai wakilnya untuk melakukan qabd. Dalam masa yang sama untuk mengelakkan risiko penipuan, pihak penjual hendaklah bersetuju untuk mengambil amanah menghantar emas tersebut kepada pihak pembeli.

Untuk mengelakkan keraguan, pihak penjual hendaklah mengemukakan tawaran (ijab) secara terperinci seperti gambar emas, berat, nombor siri (jika ada) dan spesifikasi lain atau apa-apa sahaja bukti transaksi bagi mengelakkan penipuan.

Bagi yang tidak mahir berkaitan dengan jual beli jongkong emas hendaklah mendapatkan nasihat dan pandangan hukum daripada ilmuwan dalam bidang berkenaan.

- TAMAT -

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2020 pada 9 November 2020