FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 49 / 2020

21 September 2020 / 3 Safar 1442

Hotel Sama-Sama KLIA

              Bil. 1/49   TAHUN 2020            

                    

HUKUM PENGGUNAAN OBJEK YANG BERBENTUK SALIB ATAU APA-APA LAMBANG AGAMA LAIN

 

  1. Bentuk salib yang dibuat oleh mana-mana pihak dengan maksud sebagai salib, maka hukumnya adalah hukum salib iaitu haram diguna pakai oleh seorang muslim.
  1. Bentuk yang jelas kelihatan salib, dari segi kedudukan dan cara ia digunakan, sekalipun tidak dinyatakan tujuannya adalah salib, maka itu juga seperti hukum salib.
  1. Bentuk yang boleh diandaikan atau kebetulan seperti salib padahal ia bukan bertujuan salib seperti huruf ‘t’, tanda campur (+), simpang empat, bunga empat kelopak, kayu binaan, alat-alat pertukangan dan seumpamanya adalah tidak dihukum sebagai salib. Tidak haram ia diguna pakai.
  1. Jika seseorang mengelak dari apa-apa bentuk yang boleh diandaikan seperti salib untuk dirinya adalah sesuatu yang baik dengan syarat dia tidak membebankan pihak lain.

 

- TAMAT -

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  3. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  5. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  8. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  1. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2020 pada 9 November 2020.