FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 2019
14-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440H
Hotel Seri Malaysia, Kangar
______________________________________________________________
KONSEP MAJORITI (MAJORITY RULE) DAN PERANAN Maips DALAM PINDAAN AKTA PEMBAHAGIAN PUSAKA 1955 (AKTA 98)
______________________________________________________________

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan tiada halangan syara’ dengan cadangan menggunakan Konsep Majoriti (Majority Rule) dan Peranan MAIPs dalam menyelesaikan pertikaian harta pusaka sebagaimana dalam pindaan Akta Pembahagian Pusaka 1955 [Akta 98] kerana ianya tidak bercanggah dengan syara’ bahkan menepati beberapa alasan berikut :

  1. Penetapan pihak pemerintah untuk menguruskan harta-harta yang tidak dapat diuruskan disebabkan kerana ketidak sepakatan antara waris. Ini bagi menjaga kemaslahatan bersama dan mengelakkan pembaziran dan pembekuan harta selaras dengan kaedah :

    التَّصَرُّفُ الإمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ
    “Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah (kebaikan)”

  2. Tindakan penetapan pemerintah ini walaupun mungkin tidak disepakati oleh sebahagian waris tetapi ia dapat menyelesaikan kepentingan yang lebih besar dan umum dalam urus tadbir harta pusaka di dalam negeri ini. Ia selaras dengan kaedah :

    مصلحة عامة مقدمة على مصلحة خاصة
    “Maslahah (kebaikan) umum didahulukan daripada maslahah peribadi”

 

Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 5/2019 pada 5 September 2019.