FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 2019
17-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441
Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa

______________________________________________________________________
KIRAAN ZAKAT SAHAM YANG DIDAGANGKAN DI PASARAN SAHAM
______________________________________________________________________

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju untuk kiraan zakat bagi saham yang didagangkan di pasaran adalah seperti berikut :

  1. Bagi saham yang didagangkan secara aktif (wujud transaksi jual dan beli dalam tempoh satu haul), maka kiraannya seperti berikut:

    1. Harga saham yang terendah dalam satu tahun x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)

    2. Harga saham semasa x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)

      Pembayar boleh memilih salah satu daripada kaedah di atas.

  2. Bagi saham yang tidak didagangkan di pasaran secara aktif, maka pemiliknya boleh membayar kadar zakat berasas 2.5% atas dividen sahaja. Ini berasaskan saham yang dimiliki secara tidak aktif itu dikira seperti zakat ke atas perolehan daripada aset tetap (al-Mustaghallat).

 

Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019