FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 2019
17-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441
Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa

______________________________________________________________________
HUKUM DAN PANDUAN ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID
______________________________________________________________________

Harus bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk perkara yang dibenarkan syara’. Orang bukan Islam yang dibenarkan masuk ke dalam masjid itu dikehendaki mematuhi peraturan berikut :

1. Mempunyai kemaslahatan yang diizinkan oleh syarak seperti untuk mempelajari hal ehwal agama ataupun urusan kehidupan yang dibenarkan.

2. Memakai pakaian sopan yang sesuai dengan masjid atau pakaian yang disediakan oleh pihak pentadbiran masjid.

3. Tidak mengotorkan kebersihan masjid.

4. Tidak mengganggu umat Islam yang sedang beribadah.

Umat Islam hendaklah mempamerkan contoh teladan yang baik sebagai dakwah kepada keindahan Islam dan memudahkan urusan orang bukan Islam untuk mendekati Islam.

Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019