FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40/2019
28-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H

PANDUAN
MENGENAI KEWAJIPAN MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH MEMBAYAR HUTANG TUNGGAKAN BIL-BIL UTILITI

          Wang yang disumbangkan oleh orang ramai hendaklah digunakan untuk pengurusan masjid termasuk membayar bil-bil utiliti. Menjadi satu kewajipan kepada pihak yang menguruskan wang sumbangan masjid memastikan hak-hak pihak yang terlibat dibayar. Perbuatan sengaja tidak membayar atau menangguhkan pembayaran tanpa sebab munasabah sedangkan berkemampuan adalah satu kecuaian terhadap amanah dalam pengurusan dan satu kezaliman di sisi syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْمٌ
Terjemahannya: “Penangguhan membayar hutang oleh pihak yang berkemampuan adalah satu kezaliman.” [HR Bukhari dan Muslim]


Dan bagi pihak pengurusan masjid yang sengaja tidak menunaikan amanah adalah termasuk di dalam sabdaan Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA :


آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Terjemahannya : “Tanda orang munafiq itu ada tiga : Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat”. [HR Bukhari dan Muslim]


          Jika wang sumbangan tidak mencukupi, masyarakat Islam hendaklah tolong-menolong memastikan pengurusan masjid terbabit dapat dijalankan dengan baik. Dalam konteks Negeri Perlis, wang Baitulmal yang bersumberkan daripada umat Islam, boleh digunakan membantu masjid yang tidak berupaya.


Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 3/2019 pada 22 April 2019