FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐๐„๐“๐”๐†๐€๐’ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ ๐๐๐„ (Personal Protective Equipment)?

 

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐˜†๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ ๐——๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐˜€๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—น ๐—”๐—ฏ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป

Soalan: Bagaimanakah cara solat kami petugas hospital yang memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang memakainya dalam tempoh yang lama? Pakaian tersebut menutupi keseluruhan tubuh kami. Tujuan pakaian itu bertujuan menyelamatkan kami daripada jangkitan. Dalam masa yang sama kami juga wajib memastikan keselamatan pesakit lain. Maka, kami tidak boleh berwuduk ketika berada dalam keadaan demikian. Apakah kami wajib mengulangi solat atau bagaimana?

๐‘ฑ๐’‚๐’˜๐’‚๐’‘๐’‚๐’:

Semoga Allah merahmati hamba-hambaNYA menjaga solat dan dalam masa yang sama berkhidmat dan berusaha menyelamatkan manusia lain dari ancaman penyakit. Dari soalan ini menzahirkan keprihatinan terhadap titah perintah agama. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar diambil perhatian oleh mereka yang terlibat;


1. Para ulama berbincang tentang mereka yang tidak boleh berwuduk dan bertayammum disebabkan keadaan tertentu. Ini seperti ketiadaan air dan debu, terkena penyakit tertentu yang menghalang penggunaan air dan debu, atau halangan tertentu yang menghalang penggunaan dua bahan tersebut. Bab ini disebut Faqid al-Tahurain (ูุงู‚ูุฏ ุงู„ุทู‘ูŽู‡ููˆุฑูŽูŠู’ู†) atau โ€˜Adim al-Tahurain (ุนุงุฏูู… ุงู„ุทู‘ูŽู‡ููˆุฑูŽูŠู†) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci. Dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar al-โ€˜Asqalani (meninggal 852H) menghitung sehingga lima pendapat dalam masalah kewajipan solat dan qada orang yang berada dalam keadaan sebegini (rujukan: Fath al-Bari, 1/585. Beirut: Dar-al-Fikr 1414H). Juga ada yang menghitungnya sehingga enam pendapat.

2. Berikut adalah ringkasan daripada pendapat-pendapat fuqaha (ahli fekah) yang disebut dalam pelbagai rujukan ulama sejak dahulu sehingga kini:

a) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammum, dan tidak perlu qada (mengulangi solat). Ini pendapat al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), al-Imam al-Muzani (meninggal 264H, merupakan anak murid besar al-Imam al-Syafii dan tokoh dalam Mazhab al-Syafii), qaul qadim (pendapat lama) al-Imam al-Syafiโ€™i (meninggal 204H), Ibn al-Munzir (319H) dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), Ibn โ€˜Uthaimin dan ramai lagi.

b) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammun tapi wajib qada (ulang). Solat itu dilakukan bagi menghormati waktu. Ini pendapat kedua yang diriwayatkan dari al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dan pendapat baru al-Imam al-Syafii.

c) Tidak wajib solat tapi wajib qada. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), al-Imam al-โ€˜Auzaโ€™i (meninggal 157H) dan al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H). Antara alasan mereka ialah hadis: โ€œAllah tidak menerima solat tanpa bersuciโ€ (Riwayat Muslim).

d) Tidak perlu solat dan tidak perlu qada. Ini dinukilkan salah satu riwayat dari pendapat al-Imam Malik bin Anas dan golongan Mazhab Zahiriyyah (literalist).

e) Digalakkan solat dan wajib qada. Ini pendapat kelima disenaraikan oleh Ibn Hajar al-โ€˜Asqalani dalam Fath al-Bari dengan dakwaan ia antara pendapat yang disenaraikan oleh al-Imam al-Nawawi.

3. Senarai pendapat di atas kita sebutkan sekadar memaklumkan mengenai khilaf (perbezaan pendapat) ulama dalam masalah ini. Namun, pendapat yang paling masyhur dalam pegangan Umat Islam ialah pendapat yang pertama (a) dan pendapat kedua (b).

4. Untuk meringkaskan pemahaman dan pengamalan awam, saya bersetuju dengan pendapat pertama iaitu yang mewajibkan solat dalam keadaan tersebut iaitu tanpa wuduk dan tanpa tayammum, dan juga tidak wajib qada (mengulangi solat). Antara hujah pendapat ini ialah, hadis al-Bukhari (no. 336) dan Muslim (no. 367) daripada โ€˜Aishah r.ha di mana sekumpulan para sahabat sahabat yang telah bersolat tanpa wuduk, kemudian Allah menurunkan ayat tayammum. Ertinya, mereka bersolat tanpa wuduk, dan juga tanpa tayammum kerana ayat tayammum belum turun. Namun, Nabi s.a.w tidak menyuruh mereka mengulangi solat. Al-Imam al-Bukhari juga meletakkan hadis ini di bawah tajuk: ุจูŽุงุจู ุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฏู’ ู…ูŽุงุกู‹ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูุฑูŽุงุจู‹ุง (Bab: Apabila Tiada Air dan Tanah).

5. Pendapat yang mewajibkan solat tanpa perlu qada dilihat lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah. Jika seharian bertugas, kemudian pada malam mesti menggantikan lima solat fardu yang telah pun ditunaikan dalam keadaan tersebut, maka ini membebankan. Firman Allah:


ูŠูุฑููŠุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจููƒูู…ู ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูุฑููŠุฏู ุจููƒูู…ู ุงู„ู’ุนูุณู’ุฑ
(maksudnya): Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaranโ€ (Surah al-Baqarah: 185).

6 Di samping itu, jika seseorang bertugas dalam pakaian PPE tersebut semasa waktu solat yang boleh dijamakkan iaitu Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak, maka petugas boleh menjamakkan solat sekiranya terdapat bebanan atau kekangan waktu untuk menunaikan solat. Ini bererti, jika petugas ada ruang untuk solat pada waktu pertama (waktu Zohor atau Maghrib) maka bolehlah dilakukan jamak taqdim (solat dalam waktu pertama). Jika mempunyai ruang pada waktu kedua (Asar atau Isyak) maka bolehlah dilakukan jamak taโ€™khir (solat pada waktu kedua). Ini dilakukan tanpa qasar. Maksudnya, empat rakaat Zohor dihimpunkan bersama empat rakaat โ€˜Asar. Begitu juga tiga rakaat Maghrib dihimpun bersama empat rakaat Isyak.

7. Hujah yang digunakan dalam masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Saโ€™id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn โ€˜Abbas, katanya:


ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ุธู‘ูู‡ู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุตู’ุฑูŽ ุฌูŽู…ููŠุนู‹ุง ุจูุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉูุŒ ูููŠ ุบูŽูŠู’ุฑู ุฎูŽูˆู’ููุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุณูŽููŽุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุงู„ุฒู‘ูุจูŽูŠู’ุฑู: ููŽุณูŽุฃูŽู„ู’ุชู ุณูŽุนููŠุฏู‹ุงุŒ ู„ูู…ูŽ ููŽุนูŽู„ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชู ุงุจู’ู†ูŽ ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ูƒูŽู…ูŽุง ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชูŽู†ููŠุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูุญู’ุฑูุฌูŽ ุฃูŽุญูŽุฏู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชูู‡

โ€œRasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan โ€˜Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafirโ€. Kata Abu Zubair: โ€œAku bertanya Saโ€™id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?โ€. Jawabnya: โ€œAku pun pernah bertanya Ibn โ€˜Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn โ€˜Abbas: โ€œKerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnyaโ€.
Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
ุฌูŽู…ูŽุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุธู‘ูู‡ู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุตู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจู ูˆูŽุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉู ูููŠ ุบูŽูŠู’ุฑู ุฎูŽูˆู’ูู ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูŽุทูŽุฑู
โ€œRasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujanโ€.
Hadis ini menunjuk Nabi s.a.w pernah menunaikan solat jamak bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

8. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) mengulas hadis di atas: โ€œSebahagian para imam (ulama) berpegang kepada keharusan menjamakkan solat ketika tidak bermusafir disebabkan sesuatu keperluan. Ini (diboleh) untuk sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini pendapat (Muhammad) Ibn Sirin dan Asyhab dari pengikut (al-Imam) Malik. Al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada (al-Imam) al-Qaffal al-Syasyi al-Kabir dari kalangan pengikut (al-Imam) al-Syafiโ€™i, daripada Abu Ishaq al-Marwazi daripada sekumpulan Ahli Hadis. Pendapat ini juga yang dipilih oleh (al-Imam) Ibn al-Munzir. Ini disokong oleh apa yang nyata dari perkataan Ibn โ€˜Abbas โ€œKerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya.โ€ (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335. Beirut: Dar al-Khair 1414H)

9. Maka kita dapati banyak kita fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kata Ibn Taimiyyah: โ€œSeluas-luas Mazhab dalam membolehkan jamak antara dua solat ialah Mazhab al-Imam Ahmadโ€ (lihat: al-Fatawa al-Kubra, 2/348, cetakan Dar al-Kutub al-โ€˜Ilmiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-โ€˜Ilmiyyah).
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyokong pendapat ini dalam Fatwa Muโ€˜asarah (1/245. Beirut: Dar Uli al-Nuha). Maka ini bukan perkara asing dan baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.

10. Maka, ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ, para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat untuk berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga, boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.