FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

Pengenalan

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis merupakan salah satu Badan Kerajaan yang bertanggungjawab secara khusus mengkaji dan memberi pandangan Fatwa kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bagi setiap persoalan yang memerlukan kepada Fatwa selain memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada masyarakat di dalam setiap perkara yang berkaitan Hukum Syarak.

Sejarah Penubuhan

Jabatan Mufti Negeri Perlis pada peringkat awalnya merupakan salah satu bahagian daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs). Ia dikenali sebagai bahagian fatwa. Namun pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu surat pekeliling mengenai pengasingan bahagian fatwa daripada Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Maka tertubuhlah Jabatan Mufti Negeri Perlis diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti sebagai ketua Jabatan.

Senarai Mufti-Mufti Negeri Perlis Dari Tahun 1941 Sehingga Kini

  • (1941-1945) Sheikh Mahmud bin Hj. Muhd. Saman
  • (1945-1970) Ustaz Salleh bin Othman
  • (1970-1884) Sheikh Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ismail (Mangku)
  • (1984-2006) Dato’ Alim Panglima Hj. Mat Jahya bin Hj. Hussin
  • (2006-2008) Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
  • (2009-2014) Dr Juanda bin Jaya
  • (2015 - Sekarang) Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Kedudukan JMNPs

Majlis apabila mengeluarkan Fatwa dan Jawatankuasa Syariah apabila memberi pendapatnya hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dengan syarat jika dengan demikian ini menjelaskan kepentingan awam. Majlis atau Jawatankuasa Syariah itu hendaklah merujuk fatwa itu kepada Duli Yang Maha Mulia Raja untuk keputusan beliau. Apabila membuat fatwa, majlis hendaklah memberi perhatian kepada Adat Istiadat Melayu atau Undang-Undang Adat Melayu yang berkuatkuasa di Negeri Perlis. Mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis dan mana-mana keputusan yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja hendaklah Majlis atau Duli Yang Maha Mulia Raja memikirkan patutu diisytiharkan di Warta Kerajaan dan dengan demikian tertakluk kepada mana-mana Undang-undang bertulis fatwa itu mengikut semua Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Negeri.

Jenis-jenis Fatwa Yang Diamalkan Di Negeri Perlis

Bagi Negeri Perlis, Fatwa adalah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Majlis boleh mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan dengan fatwa yang hendak di keluarkan itu kepada Jawatankuasa Syariah dan Jawatankuasa Syariah memberi pendapatnya kepada majlis dengan bertulis dan pendapat itu adalah pendapat yang dipersetujui oleh Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut sama ada dengan sebulat suara atau dengan suara yang terbanyak.

Dasar Penggubalan Fatwa

Sistem atau dasar untuk mengubal fatwa yang dilakukan di Negeri Perlis adalah berlainan sedikit dengan Negeri-negeri Melayu lain. Di Perlis, Jawatankuasa Syariah hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak semestinya mengikut mana-mana mazhab yang tertentu. Keputusan hukum hendaklah berpandu kepada suara yang terbanyak.

Fungsi Jabatan Mufti

  • Membantu dan menasihat DYMM Tuanku dan Kerajaan Negeri dalam perkara-perkara yang menyentuh persoalan Fatwa, Hal Ehwal Agama Islam dan isu semasa yang perlu penjelasan hukum Syara’.
  • Membuat penyelidikan terhadap isu yang memerlukan kepada keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis.
  • Memberi maklumat yang sistematik berkaitan dengan segala masalah yang berhubung dengan Fatwa.